Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia.
Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik
dan licin. Benarkah begitu?
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang
menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam
pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu
sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai
pelekat.
Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang
dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu
badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah
pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu
pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan
mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat
seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya
tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan
dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C
sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan
buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan
interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more
you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh
memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem
keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang
mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi
mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi
adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah
umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan
kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah
disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi
mempercepatkan proses penyembuhan.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali
sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan
vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak
keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang
dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya
adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.
Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut
Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran
Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak
memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi,
malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang
menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan
baik untuk kesihatan.
Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C
ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet
dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika
demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C
untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di
patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg.
Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang
lebih tinggi dari biasa.